dimana ianya bermula dan dimanakah penghujungnya?
tiada makna jika bertungkus-lumus aku berterangan tetapi suara ku masih tidak kedengaran. tiada makna jika aku yang bersendirian pabila ia ditolak dengan segalanya. tiada makna jika aku saja yang mahu dan tidak sebaliknya. sia-siakah usahaku untuk menolong anak bangsa ku. anak didik ku. tidak pernah terlintas di fikiranku untuk meninggalkan perjuangan demi bangsa dan negaraku. pasrah hatiku melihat sebaliknya di kalangan anak muda yang tidak mengerti.
apakah yang harus aku lakukan. apa lagi yang harus aku perjuangkan. apakan daya ku mengubah keadaan. sayu hatiku melihat keadaan di sekeliling. segala yang ada, dijadikan mainan. segala yang telah berzaman diperjuangkan, dicemuh dan dicabar. keamanan tidak lagi menjadi kepentingan. kuasa adalah penghujung yang dipermainkan untuk mempergolakkan keharmonian. kuasa yang dipentingkan tanpa menghiraukan apa yang termusnah dalam perjalanan.
bukankah kita semuanya duta dan penghuni tanah air. mengapa menjatuhkan kedaulatan dan kemerdekaan yang telah dibayar dengan maruah dan ketumpahan darah. sudah lupakah kita dari manakah asalnya. sudah lupakah kita keadaan yang digempurkan di tanah Palestin, di tanah Iraq, di Bosnia dan di semua tanah yang berperangan untuk kuasa. Kemiskinan, kelaparan dan kehausan di Somalia, di India, di Afrika dan di semua tanah yang berjuang untuk hidup dari hari ke hari.
anak bangsa. apa dan siapakah kita. anak, mengertikah kita akan pertalian ini. bangsa, dimanakah penghormatan yang dimaksudkan.
kongkongan yang pernah ku lalui seperti kembali menghadapku. hampir semua tindakan ku dipersoalkan. dari semua sudut, keluarga, kerja, sahabat, anak didikan, orang dikasihi, orang disayangi dan orang yang membenci.
mungkin telah tiba masanya untuk aku berangkat dan meninggalkan segala kehampaan. dimana salah, silap dan kekuranganku, aku memohon maaf. mungkin telah ternyatakan buat ku untuk bersendirian selamanya. mungkin itu adalah penghujungku. tiap hari ku berjuang dan bertempur dengan diri ku sendiri mengharapkan iman. maafkan aku buat segala kekurangan ku Tuhan. mungkin aku tidak mampu menjadi insan yang Kau didikkan.
aku letih.
aku tidak mampu.
aku tidak mahu lagi.
Sunday, March 15, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment